JAWAPAN KEPADA ISU ROTAN
(Copy paste daripada http://azmykelanajaya.com/rotan-anak-akhbar-salah-lapor)
Pertama sekali ingin saya tekankan, seperti biasa, kelemahan komunikasi oleh setiausaha akhbar dan juga oleh menteri kerajaan telah menimbulkan “media frenzy” di Malaysia. Sehingga isi dan maksud sebenar yang ingin disampaikan hilang begitu sahaja dan mudah diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim seakan tidak mengambil iktibar dari apa yang pernah berlaku pada menteri-menteri lain satu ketika dahulu. Sehingga menimbulkan pelbagai masalah pada pihak lain untuk kerana perlu memberi penerangan semula yang lebih jelas.
Perkara kedua pula yang ingin saya tekankan ialah kekesalan saya terhadap akhbar Utusan dan penulis Utusan yang menulis berita ini iaitu Zulkifli Sainuddin . Akhbar Utusan merupakan akhbar yang menjadi lidah rasmi kerajaan. Mengapakah pihak dan wartawan Utusan tidak MAMPU menulis berita dan penerangan penuh mengenai isu ini? Sehingga menimbulkan salah tafsir pada pembaca Utusan. Tambah lebih mengecewakan apabila portal The Malaysian Insider yang tidaklah begitu mesra kerajaan boleh pula memberi laporan penuh! Mengapa Utusan tidak boleh? Berikut merupakan laporan oleh The Malaysia Insider mengenai isu ini:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ministry-mulls-community-service-for-parents-who-neglect-kids
HUKUM MEROTAN ANAK MENURUT ISLAM
Islam adalah agama yang mementingkan kasih sayang. Daripada segi merotan anak, dalil dalam sebuah hadis Nabi SAW: Ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).
Ibnu Qudamah berpendapat hukum sebatan terhadap kanak-kanak merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih kanak-kanak melakukan sesuatu kewajipan seperti solat. Para juri bersepakat yang kanak-kanak boleh dikenakan sebatan yang ringan untuk tujuan pendidikan dan wajib bagi bapa atau datuk melaksanakannya. Hanya kanak-kanak yang berusia lebih 10 tahun boleh dikenakan hukuman sebatan ringan.
Namun, terdapat hadis yang menunjukan bahawa Nabi SAW tidak suka kepada orang yang menghukum kanak-kanak secara fizikal.
Dalam sebuah hadis Abu Masâud mengatakan: Aku telah memukul seorang hamba kanak-kanak lelaki dengan rotan dan aku mendengar suatu suara di belakangku. Ketahuilah wahai Abu Masâud. Tetapi aku tidak tahu bahawa suara itu bernada kemarahan. Ketika suara itu menghampiri, dia adalah Rasulullah. Maka, baginda pun bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud. Aku pun menjatuhkan rotan daripada tanganku dan Rasulullah bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud, bahawa Allah telah menetapkan ke atas kamu tanggungjawab berhadap hamba lelaki ini. Maka, aku berkata, Aku tidak akan memukul hamba lagi selepas itu selamanya. (Sahih Muslim)
Hadis Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Gantungkanlah rotan sehingga rotan itu dapat dilihat oleh ahli keluarga, sesungguhnya itu boleh mendidik mereka.”
Al-Manawi, ketika membincangkan maksud hadis ini berkata: “Rotan tersebut adalah pendorong kepada seseorang untuk beradab dan berakhlak dengan akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang kebanyakan jiwa yang keras menanggung kesusahan yang berat untuk melaksanakannya.”
Pandangan al-Manawi ini membuktikan bahawa rotan secara simbolik, tanpa perlu digunakan boleh memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang, terutamanya kanak-kanak. Jika dilihat daripada pandangan di atas, ibu bapa mempunyai kewajipan mendidik dengan ilmu agama terlebih dahulu sebelum dididik dengan perkara ilmiah yang lain.
sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140212/ba_02/Bolehkah-merotan-anak
AKTA KANAK-KANAK 2001
Tahukah anda dalam akta kanak-kanak 2001 yang sedia ada sekarang tidak menyebut langsung mengenai hukuman merotan sebagai satu kesalahan? Biarpun jika ibubapa merotan anak sehingga merisikokan nyawa ibubapa tersebut boleh dilepaskan dari tuduhan jika mereka mengupah peguam yang baik. Hukuman mereka dapat dielak atau diringankan dengan alasan rotan dibenarkan dalam Islam biarpun mereka telanh melanggar adab merotan menurut Islam. Perkara ini jelas bercanggah dengan hukuman rotan yang sebenar menurut Islam yang tidak dibolehkan sehingga ke tahap membahayakan nyawa.
Malah lebih menakutkan apabila sudah terdapat beberapa kes dimana ibubapa yang merotan anak secara keterlaluan terlepas begitu sahaja biarpun anak mereka sehingga terpaksa dimasukkan di hospital.
Akta Kanak-Kanak 2001 cuma menyebut mengenai cara menghukum remaja menggunakan rotan jika mereka disabitkan kesalahan jenayah. Tidak ada undang-undang yang menegah dan menghukum ibubapa yang keterlaluan merotan anak sehingga melanggar syariat Islam. Malah ketiadaan ini menyebabkan segelintir ibubapa dan penjaga mendera anak menggunakan rotan sehingga ketahap keterlaluan. Sepatutnya cadangan ini diterima bagi mengelakan ibubapa menggunakan rotan secara keterlaluan yang jelas melanggar adab merotan menurut Islam.
sumber rujukan akta kanak-kanak 2001: http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act.htm
APAKAH ITU CONVENTION ON THE RIGHTS OF THE CHILD (CRC)
Secara mudahnya CRC merupakan satu garis panduan untuk kumpulan Negara-negara didalam United Nation
Malaysia mematuhi kesemua perkara yang digariskan oleh CRC kecuali perkara 1,2,7,13,14,15 28 (1)(A) dan 37. Ini kerana perkara tersebut bercanggah dengan undang-undang sivil dan undang-undang syariah seperti hak menukar agama kanak-kanak dan lain-lain.
Sebuah jawatankuasa CRC telah mengemukakan Pemerhatian Akhir kepada Malaysia pada tahun 2007 , yang menggariskan cadangan-cadangan berikut:
1) Mengkaji semula dan memansuhkan kekangan Malaysia 1,2,7,13,14,15 28 (1)(A) dan 37 dalam CRC
2) Meratifikasi dua Protokol Pilihan dan undang-undang antarabangsa yang lain
3) Mengkaji sistem perundangan Malaysia ( Sivil dan Syariah ) kerana beberapa undang-undang domestik merupakan halangan kepada merealisasikan CRC di Malaysia
4) Mengkaji semula dan pembaharuan undang-undang domestik seperti ( Kes-kes Keselamatan) 1975
5) Menghapuskan hukuman terhadap kanak-kanak dan remaja.
6) Mengkaji Akta Kanak-kanak dan Orang Muda ( Pekerjaan ) 1966 untuk memastikan bahawa syarat yang boleh diterima kerja dengan jelas dan tegas ditakrifkan mematuhi piawaian buruh antarabangsa.
Malaysia cuma menerima beberapa cadangan penambahbaikan tersebut untuk memperbaiki undang-undang sedia ada. Malaysia masih tegas menolak cadangan yang memperendahkan martabat undang-undang syariah.
Sumber: http://www.unicef.org/malaysia/children_crc-in-malaysia.html
CADANGAN PINDAAN BARU TERHADAP AKTA KANAK-KANAK
Perlu ditegaskan sekali lagi perkara ini GAGAL dilaporkan secara penuh oleh Utusan namun dilaporkan dengan jelas oleh TMI
Menurut Datuk Seri Rohani Abdul Karim akta baru akan diperkenalkan berhubung isu pengabaian ibubapa terhadap kanak-kanak yang akan lebih hampir mamatuhi CRC. LEBIH HAMPIR SAHAJA. Bukan mematuhi 100% terutamanya yang berkait dengan isu agama. Menurut Datuk Seri Rohani Abdul Karim:
1) Hukuman khidmat masyarakat pada ibubada yang didapati bersalah. Hukuman tersebut mungkin akan dijadikan dalam jumlah ratusan jam.
2)Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan akta baru tersebut tidak mematuhi tuntutan CRC apabila akta tersebut masih membenarkan hukuman fizikal seperti rotan apabila ditanya secara terus oleh wartawan (PERKARA INI DILAPORKAN OLEH TMI NAMUN TIDAK OLEH UTUSAN)
Berikut merupakan sebaris laporan yang menyatakan perkara ini dalam TMI
“Rohani said it was part of “Malaysian culture” to spank children “to teach them that way” but noted that it went against the CRC when asked specifically if the new act would ban parents from hitting their children.”
Diterjemahkan kepada bahasa Malaysia:
“Rohani mengatakanh ianya merupakan sebahagian budaya malaysia untuk memukul secara ringan kanak untuk mengajar mereka. Beliau mengatakan akta baru tersebut melanggar CRC (Yang tidak membenarkan memukul kanak-kanak) apabila ditanya secara spesifik jika akta tersebut akan menghalang ibubapa dari memukul secara ringan kanak-kanak”
Artikel 19 CRC tidak menyebut secara terus mengenai tidak dibenarkan memukul secara ringan seperti menggunakan rotan namun hanya menggariskan keganasan fizikal dan mental, kecederaan atau mendera, pengabaian atau diabaikan penjagaan, salah jagaan dan juga eksploitasi seperti penderaan seksual.
4) Satu garis panduan CRC iaitu menerima suara kanak-kanak dalam membuat sesuatu keputusan (contoh: memilih ingin tinggal dengan siapa sekiranya ibubapa anak tersebut bercerai) dikatakan bakal diperhalusi.

No comments:
Post a Comment