Tuesday, January 27, 2015

MKN TIDAK LANTIK EJEN BAYAR WANG IHSAN

Majlis Ke­selamatan Negara (MKN) meng­ingatkan mangsa banjir supaya tidak terpedaya dengan helah pihak tertentu yang mendakwa sebagai ejen bagi menguruskan wang ihsan RM500 yang akan dibayar kerajaan.

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pihaknya tidak pernah melantik ejen untuk tujuan tersebut dan hanya akan membuat pembayaran terus kepada mangsa banjir.

Katanya, setakat ini MKN telah selesai membuat pembayaran kepada 500,000 mangsa banjir melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta.

“Kerajaan memberi peruntukan RM500 juta khusus untuk membantu mangsa banjir dan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku, kami telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Polis Diraja Malaysia.

“Jika kami dapat mengenal pasti individu yang bertindak sebagai ejen, tindakan undang-undang yang tegas akan diambil,” katanya
 #care4u @jendelainfokini

MKN tidak lantik ejen bayar wang ihsan

 0  0 Google +0
GUA MUSANG 27 Jan. – Majlis Ke­selamatan Negara (MKN) meng­ingatkan mangsa banjir supaya tidak terpedaya dengan helah pihak tertentu yang mendakwa sebagai ejen bagi menguruskan wang ihsan RM500 yang akan dibayar kerajaan.
Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pihaknya tidak pernah melantik ejen untuk tujuan tersebut dan hanya akan membuat pembayaran terus kepada mangsa banjir.
Katanya, setakat ini MKN telah selesai membuat pembayaran kepada 500,000 mangsa banjir melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta.
“Kerajaan memberi peruntukan RM500 juta khusus untuk membantu mangsa banjir dan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku, kami telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Polis Diraja Malaysia.
“Jika kami dapat mengenal pasti individu yang bertindak sebagai ejen, tindakan undang-undang yang tegas akan diambil,” katanya kepada pemberita ketika meninjau khemah MKN di Bandar Utama, di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mkn-tidak-lantik-ejen-bayar-wang-ihsan-1.53469#sthash.adGx4Dlh.dpuf

KEMPEN POLITIK DI MALAYSIA

Parti politik menganjurkan kempen untuk meraih sokongan atau undi terutamanya di musim pilihan raya. Sepanjang tempoh berkempen itu, parti politik dibenarkan berkempen untuk mempengaruhi para pengundi. 

Pengundi di Negara maju sentiasa bermaklumat dan berpendidikan, jadi mereka boleh membuat keputusan bijak setiap kali mengundi. Tetapi bagi Negara membangun seperti Malaysia, mungkin hanya 50 peratus rakyatnya yang bermaklumat dan tahu membezakan kerajaan mana yang bagus dan bertanggungjawab dengan yang tidak.

Akan ada 50 peratus daripada jumlah itu yang akan membuat keputusan kurang bijak ketika pilihan raya atas faktor marah, benci, menyampah dan emosi terhadap kerajaan memerintah.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata antara isu yang sering kali akan dibangkitkan pihak pembangkang semasa kempen pilihan raya ialah dakwaan daftar pemilih tidak bersih, mempertikai ketelusan proses pilihan raya, menuntut tempoh berkempen yang panjang dan tuduhan SPR tidak adil dan berpihak.

Di mana-mana Negarapun, pihak pembangkang adalah penting, wakil rakyat akan kerja kuat dan meningkatkan prestasi kerajaan dengan adanya pihak pembangkang. Namun sesebuah Negara memerlukan pihak membangkang yang bertanggungjawab, yang tidak hanya pandai menghentam dan menolak apa sahaja yang kerajaan lakukan, walaupun ia sesuatu yang baik. 

Malang bagi Malaysia, itulah sifat pihak pembangkang yang kita ada.

Jika dahulu, masyarakat negara ini hanya memperolehi maklumat pilihan raya menerusi media konvensional seperti radio, televisyen serta surat khabar.    

Penggunaan media sosial dalam kempen pilihan raya di negara ini juga dilihat sedang rancak berjalan.

Sebagai contoh di negara ini, kempen pilihan raya yang diadakan sebelumnya menyaksikan maklumat berkenaan calon disampaikan hanya menerusi ceramah umum, poster dan juga lawatan rumah ke rumah yang amat memenatkan.   

Kini selain daripada kempen bercorak fizikal, calon-calon pilihan raya juga boleh mendekati pengundi mereka menerusi laman sosial secara lebih meluas, malah pengundi juga berpeluang mengenali calon yang bakal dipilih dengan lebih rapat.

Namun, di dalam keghairahan tersebut, perlu diingati sama ada calon mahupun penyokong mana-mana parti yang bertanding agar dapat mengelakkan perbuatan mencetuskan kemarahan, hinaan, menaikan sentimen kebencian, perkauman dan cercaan kepada pihak lawan.

Berkempen secara sihat dan elakkan menabur berita-berita yang tidak benar menerusi laman sosial sehingga merosakkan pemikiran masyarakat kita yang terkenal dengan adat budaya timur yang penuh dengan sopan santun.

#care4u @jendelainfokini

Monday, January 26, 2015

KERAJAAN KELANTAN PERLU BERI PERHATIAN SERIUS PUNCA BENCANA BANJIR

Kerajaan Kelantan pimpinan PAS diminta 'tidak lepas tangan' terhadap banjir besar di negeri itu bulan lepas, yang didakwa mempunyai kaitkan dengan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah tidak terkawal.

Masalah itu perlu diberi perhatian serius antaranya dengan mengkaji semula kelulusan kawasan baharu untuk pembukaan tanah terutamanya di Hulu Kelantan bagi tujuan pembalakan.

Pengabaian tanggungjawab itu boleh menjurus kepada banjir yang lebih kerap atau lebih buruk di Kelantan terutama ketika musim tengkujuh setiap akhir tahun.

Banjir kuning berlumpur pada akhir Disember lepas perlu diambil iktibar dan kerajaan Kelantan perlu mengambil langkah untuk mengetatkan lagi kelulusan tanah bagi tujuan pembalakan dan perladangan. 

Aktiviti penarahan bukit sehingga gondol yang sekaligus menyebabkan air hujan terus masuk ke sungai tanpa kawalan boleh menyebabkan banjir besar.

#care4u @jendelainfokini

KEPRIHATINAN PM NAJIB RESAHKAN LAWAN

KESEDIAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak selama enam hari tanpa henti sejak pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 26 Disember lalu sudah pasti meresahkan para pemimpin pembangkang.

Walaupun ada dalam kalangan puak-puak pembangkang masih mahu mencetuskan isu tetapi ia sama sekali tidak akan mampu menutupi keprihatinan Perdana Menteri yang berkunjung dari satu negeri ke satu negeri untuk meninjau situasi banjir dan menemui mangsa-mangsa.

Malah Najib bukan sekadar membuat kunjungan kosong, sebaliknya beliau berkongsi kesedihan dengan mereka dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan melakukan segala termampu bagi meringankan beban mereka.

Najib melawat Kelantan sebanyak tiga kali, Pahang dua kali (termasuk ketika gelombang pertama), masing-masing sekali di Perak dan Pahang. Semua daerah yang menerima kesan bencana itu dilawati. Keprihatinan yang sama ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga melawat negeri-negeri yang terlibat.

Seperti biasa tiada pujian yang akan dihamburkan oleh para pemimpin pembangkang. Mereka yang mengaku kononnya juara membela nasib rakyat hanya tahu mengkritik dan bercakap kosong termasuk mengeluarkan kenyataan yang sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa biarpun ‘batang hidungpun tak nampak’ meninjau mangsa.

Pada mulanya, pembangkang yang terkenal dengan sikap suka membuat tuduhan membuta tuli mengkritik Najib apabila The Washington Post menyiarkan gambar beliau bermain golf dengan Barack Obama atas jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS). 

Tanpa tahu hujung pangkal, bagaikan orang meraba dalam kegelapan, tohmahan dilemparkan.

Tetapi ternyata apabila Najib tanpa mengenal penat lelah bersama Muhyiddin meredah banjir untuk menemui rakyat, pembangkang kelu tidak terkata, melontarkan pujian jauh sekali. Apa yang mereka tahu ialah mengkaji apa kenyataan kedua-dua pemimpin itu yang boleh dipolitikkan.

Itulah sikap politik kelas rendah (low class) yang diamalkan oleh pemimpin pembangkang. Mereka tidak melihat apa yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sebagai tanda keprihatinan kedua-dua pemimpin tersebut.

Pelbagai hujah dikeluarkan kerana mereka seolah-olah melihat tindakan Najib bukan meninjau satu malapetaka yang menimpa rakyat sebaliknya boleh mendatangkan malapetaka politik kepada mereka.

Namun lawatan Najib sama sekali tidak menilai sama ada ia kawasan pembangkang atau tidak, pengundi Barisan Nasional (BN) atau bukan tetapi ini soal musibah dan malapetaka yang menjadi kewajipan kepada semua pihak untuk berganding bahu membantu mangsa-mangsa.

Oleh itu kepada para pemimpin pembangkang, cukup-cukuplah berpolitik. Sampai bila mahu memperkecilkan segala usaha kerajaan hinggakan banjir pun mahu menjadi modal politik. Bagaimanapun kita percaya, apa yang dilakukan oleh Najib tidak akan dilihat dari sudut politik kepada mereka yang mahu berfikir, sebaliknya ia membuktikan itulah keprihatinan Najib yang memimpin sebuah kerajaan yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Untuk pemimpin atau penyokong pembangkang, percayalah usaha mereka memperkecilkan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri tidak akan ke mana memandangkan suku juta rakyat yang menjadi mangsa banjir tahu menilai, siapa yang menggunakan politik untuk membela rakyat dan siapa pula memperalat rakyat untuk berpolitik - UTUSAN

#care4u @jendelainfokini

MAKLUMAT PALSU: SPRM 'WARNING' PEMOHON BANTUAN BANJIR

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran pemohon bantuan banjir tidak memalsukan maklumat untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penerima bantuan perlu berlaku jujur dan telus agar tidak mengambil hak orang lain.
"Sekiranya ada di antara pemohon yang memalsukan maklumat atau melakukan penipuan dokumen dan sebagainya, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan," kata Mustafar ketika menyampaikan taklimat khas mengenai Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir di pejabat SPRM Negeri Kelantan di Kota Bahru Selasa.
Pada sesi taklimat itu, Mustafar turut menunjukkan borang Pengesahan Daftar Nama Penerima Bantuan Ihsan. Borang tersebut sebagai aku janji tidak ada pemalsuan atau penipuan oleh pemohon bantuan ihsan.
Hukuman denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara sehingga tempoh 20 tahun boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.
"Penyaluran bantuan perlu sampai kepada yang benar-benar layak sahaja dan sebarang bentuk ketirisan atau penipuan semasa bantuan itu disampaikan perlu dicegah dari peringkat awal lagi," katanya.
Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir ini melibatkan tiga agensi utama iaitu SPRM, Jabatan Audit Negara dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia ditubuhkan pada 12 Januari 2014.
"Ia (Jawatankuasa) bagi mempastikan pengurusan dana dan tabung banjir dikendalikan dengan telus dan teratur serta bebas daripada penyelewengan dan salah laku," kata beliau lagi.
Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir akan meneliti sebarang aduan mengenai salah laku pengurusan bantuan kepada mangsa banjir, membantu kerajaan dalam memastikan pengurusan tabung dan dana yang telus dan teratur serta sampai kepada mangsa-mangsa banjir, mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan integriti sistem penyampaian dan pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir; serta mempertingkatkan kesedaran pengurusan integriti dalam penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Menurut Mustafar, setakat ini sebanyak 50 panggilan telah diterima oleh Bilik Gerakan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir.
Daripada jumlah itu, 38 panggilan adalah berkaitan dengan pertanyaan umum mengenai banjir manakala baki berkaitan aduan ketidakpuasan hati terhadap agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Dalam pada itu, Pengarah SPRM Negeri Kelantan, Dato Abd Aziz memberitahu, terdapat maklumat yang tidak tepat diberikan oleh sesetengah penghulu berhubung pemberian dana bantuan banjir.
Katanya, SPRM akan memberikan nasihat kepada penghulu terlibat supaya maklumat serta informasi yang tepat sahaja perlu disampaikan kepada orang ramai.
"SPRM Negeri Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan semua Penghulu di Negeri Kelantan secara berperingkat, bermula 25 Januari ini," kata Aziz.- AGENDA DAILY
#care4u @jendelainfokini

Keprihatinan pemimpin nombor satu negara kepada mangsa terjejas banjir

 Keprihatinan pemimpin nombor satu negara kepada mangsa terjejas banjir
Banjir

Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
    • Guna tandas yang sempurna
    • Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
#jendelainfokini #wecare #pascabanjir