Tuesday, January 27, 2015

MKN TIDAK LANTIK EJEN BAYAR WANG IHSAN

Majlis Ke­selamatan Negara (MKN) meng­ingatkan mangsa banjir supaya tidak terpedaya dengan helah pihak tertentu yang mendakwa sebagai ejen bagi menguruskan wang ihsan RM500 yang akan dibayar kerajaan.

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pihaknya tidak pernah melantik ejen untuk tujuan tersebut dan hanya akan membuat pembayaran terus kepada mangsa banjir.

Katanya, setakat ini MKN telah selesai membuat pembayaran kepada 500,000 mangsa banjir melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta.

“Kerajaan memberi peruntukan RM500 juta khusus untuk membantu mangsa banjir dan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku, kami telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Polis Diraja Malaysia.

“Jika kami dapat mengenal pasti individu yang bertindak sebagai ejen, tindakan undang-undang yang tegas akan diambil,” katanya
 #care4u @jendelainfokini

MKN tidak lantik ejen bayar wang ihsan

 0  0 Google +0
GUA MUSANG 27 Jan. – Majlis Ke­selamatan Negara (MKN) meng­ingatkan mangsa banjir supaya tidak terpedaya dengan helah pihak tertentu yang mendakwa sebagai ejen bagi menguruskan wang ihsan RM500 yang akan dibayar kerajaan.
Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pihaknya tidak pernah melantik ejen untuk tujuan tersebut dan hanya akan membuat pembayaran terus kepada mangsa banjir.
Katanya, setakat ini MKN telah selesai membuat pembayaran kepada 500,000 mangsa banjir melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta.
“Kerajaan memberi peruntukan RM500 juta khusus untuk membantu mangsa banjir dan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku, kami telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Polis Diraja Malaysia.
“Jika kami dapat mengenal pasti individu yang bertindak sebagai ejen, tindakan undang-undang yang tegas akan diambil,” katanya kepada pemberita ketika meninjau khemah MKN di Bandar Utama, di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mkn-tidak-lantik-ejen-bayar-wang-ihsan-1.53469#sthash.adGx4Dlh.dpuf

MKN tidak lantik ejen bayar wang ihsan

 0  0 Google +0
GUA MUSANG 27 Jan. – Majlis Ke­selamatan Negara (MKN) meng­ingatkan mangsa banjir supaya tidak terpedaya dengan helah pihak tertentu yang mendakwa sebagai ejen bagi menguruskan wang ihsan RM500 yang akan dibayar kerajaan.
Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pihaknya tidak pernah melantik ejen untuk tujuan tersebut dan hanya akan membuat pembayaran terus kepada mangsa banjir.
Katanya, setakat ini MKN telah selesai membuat pembayaran kepada 500,000 mangsa banjir melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta.
“Kerajaan memberi peruntukan RM500 juta khusus untuk membantu mangsa banjir dan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku, kami telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Polis Diraja Malaysia.
“Jika kami dapat mengenal pasti individu yang bertindak sebagai ejen, tindakan undang-undang yang tegas akan diambil,” katanya kepada pemberita ketika meninjau khemah MKN di Bandar Utama, di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mkn-tidak-lantik-ejen-bayar-wang-ihsan-1.53469#sthash.adGx4Dlh.dpuf

MKN tidak lantik ejen bayar wang ihsan

 0  0 Google +0
GUA MUSANG 27 Jan. – Majlis Ke­selamatan Negara (MKN) meng­ingatkan mangsa banjir supaya tidak terpedaya dengan helah pihak tertentu yang mendakwa sebagai ejen bagi menguruskan wang ihsan RM500 yang akan dibayar kerajaan.
Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pihaknya tidak pernah melantik ejen untuk tujuan tersebut dan hanya akan membuat pembayaran terus kepada mangsa banjir.
Katanya, setakat ini MKN telah selesai membuat pembayaran kepada 500,000 mangsa banjir melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1 juta.
“Kerajaan memberi peruntukan RM500 juta khusus untuk membantu mangsa banjir dan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku, kami telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Polis Diraja Malaysia.
“Jika kami dapat mengenal pasti individu yang bertindak sebagai ejen, tindakan undang-undang yang tegas akan diambil,” katanya kepada pemberita ketika meninjau khemah MKN di Bandar Utama, di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mkn-tidak-lantik-ejen-bayar-wang-ihsan-1.53469#sthash.adGx4Dlh.dpuf

KEMPEN POLITIK DI MALAYSIA


Parti politik menganjurkan kempen untuk meraih sokongan atau undi terutamanya di musim pilihan raya. Sepanjang tempoh berkempen itu, parti politik dibenarkan berkempen untuk mempengaruhi para pengundi. 

Pengundi di Negara maju sentiasa bermaklumat dan berpendidikan, jadi mereka boleh membuat keputusan bijak setiap kali mengundi. Tetapi bagi Negara membangun seperti Malaysia, mungkin hanya 50 peratus rakyatnya yang bermaklumat dan tahu membezakan kerajaan mana yang bagus dan bertanggungjawab dengan yang tidak.

Akan ada 50 peratus daripada jumlah itu yang akan membuat keputusan kurang bijak ketika pilihan raya atas faktor marah, benci, menyampah dan emosi terhadap kerajaan memerintah.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata antara isu yang sering kali akan dibangkitkan pihak pembangkang semasa kempen pilihan raya ialah dakwaan daftar pemilih tidak bersih, mempertikai ketelusan proses pilihan raya, menuntut tempoh berkempen yang panjang dan tuduhan SPR tidak adil dan berpihak.

Di mana-mana Negarapun, pihak pembangkang adalah penting, wakil rakyat akan kerja kuat dan meningkatkan prestasi kerajaan dengan adanya pihak pembangkang. Namun sesebuah Negara memerlukan pihak membangkang yang bertanggungjawab, yang tidak hanya pandai menghentam dan menolak apa sahaja yang kerajaan lakukan, walaupun ia sesuatu yang baik. 

Malang bagi Malaysia, itulah sifat pihak pembangkang yang kita ada.

Jika dahulu, masyarakat negara ini hanya memperolehi maklumat pilihan raya menerusi media konvensional seperti radio, televisyen serta surat khabar.    

Penggunaan media sosial dalam kempen pilihan raya di negara ini juga dilihat sedang rancak berjalan.

Sebagai contoh di negara ini, kempen pilihan raya yang diadakan sebelumnya menyaksikan maklumat berkenaan calon disampaikan hanya menerusi ceramah umum, poster dan juga lawatan rumah ke rumah yang amat memenatkan.   

Kini selain daripada kempen bercorak fizikal, calon-calon pilihan raya juga boleh mendekati pengundi mereka menerusi laman sosial secara lebih meluas, malah pengundi juga berpeluang mengenali calon yang bakal dipilih dengan lebih rapat.

Namun, di dalam keghairahan tersebut, perlu diingati sama ada calon mahupun penyokong mana-mana parti yang bertanding agar dapat mengelakkan perbuatan mencetuskan kemarahan, hinaan, menaikan sentimen kebencian, perkauman dan cercaan kepada pihak lawan.

Berkempen secara sihat dan elakkan menabur berita-berita yang tidak benar menerusi laman sosial sehingga merosakkan pemikiran masyarakat kita yang terkenal dengan adat budaya timur yang penuh dengan sopan santun.

#care4u @jendelainfokini

Monday, January 26, 2015

KERAJAAN KELANTAN PERLU BERI PERHATIAN SERIUS PUNCA BENCANA BANJIR



Kerajaan Kelantan pimpinan PAS diminta 'tidak lepas tangan' terhadap banjir besar di negeri itu bulan lepas, yang didakwa mempunyai kaitkan dengan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah tidak terkawal.

Masalah itu perlu diberi perhatian serius antaranya dengan mengkaji semula kelulusan kawasan baharu untuk pembukaan tanah terutamanya di Hulu Kelantan bagi tujuan pembalakan.

Pengabaian tanggungjawab itu boleh menjurus kepada banjir yang lebih kerap atau lebih buruk di Kelantan terutama ketika musim tengkujuh setiap akhir tahun.

Banjir kuning berlumpur pada akhir Disember lepas perlu diambil iktibar dan kerajaan Kelantan perlu mengambil langkah untuk mengetatkan lagi kelulusan tanah bagi tujuan pembalakan dan perladangan. 

Aktiviti penarahan bukit sehingga gondol yang sekaligus menyebabkan air hujan terus masuk ke sungai tanpa kawalan boleh menyebabkan banjir besar.

#care4u @jendelainfokini







KEPRIHATINAN PM NAJIB RESAHKAN LAWAN


KESEDIAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun padang bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak selama enam hari tanpa henti sejak pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 26 Disember lalu sudah pasti meresahkan para pemimpin pembangkang.

Walaupun ada dalam kalangan puak-puak pembangkang masih mahu mencetuskan isu tetapi ia sama sekali tidak akan mampu menutupi keprihatinan Perdana Menteri yang berkunjung dari satu negeri ke satu negeri untuk meninjau situasi banjir dan menemui mangsa-mangsa.

Malah Najib bukan sekadar membuat kunjungan kosong, sebaliknya beliau berkongsi kesedihan dengan mereka dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan melakukan segala termampu bagi meringankan beban mereka.

Najib melawat Kelantan sebanyak tiga kali, Pahang dua kali (termasuk ketika gelombang pertama), masing-masing sekali di Perak dan Pahang. Semua daerah yang menerima kesan bencana itu dilawati. Keprihatinan yang sama ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau juga melawat negeri-negeri yang terlibat.

Seperti biasa tiada pujian yang akan dihamburkan oleh para pemimpin pembangkang. Mereka yang mengaku kononnya juara membela nasib rakyat hanya tahu mengkritik dan bercakap kosong termasuk mengeluarkan kenyataan yang sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa biarpun ‘batang hidungpun tak nampak’ meninjau mangsa.

Pada mulanya, pembangkang yang terkenal dengan sikap suka membuat tuduhan membuta tuli mengkritik Najib apabila The Washington Post menyiarkan gambar beliau bermain golf dengan Barack Obama atas jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS). 

Tanpa tahu hujung pangkal, bagaikan orang meraba dalam kegelapan, tohmahan dilemparkan.

Tetapi ternyata apabila Najib tanpa mengenal penat lelah bersama Muhyiddin meredah banjir untuk menemui rakyat, pembangkang kelu tidak terkata, melontarkan pujian jauh sekali. Apa yang mereka tahu ialah mengkaji apa kenyataan kedua-dua pemimpin itu yang boleh dipolitikkan.

Itulah sikap politik kelas rendah (low class) yang diamalkan oleh pemimpin pembangkang. Mereka tidak melihat apa yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sebagai tanda keprihatinan kedua-dua pemimpin tersebut.

Pelbagai hujah dikeluarkan kerana mereka seolah-olah melihat tindakan Najib bukan meninjau satu malapetaka yang menimpa rakyat sebaliknya boleh mendatangkan malapetaka politik kepada mereka.

Namun lawatan Najib sama sekali tidak menilai sama ada ia kawasan pembangkang atau tidak, pengundi Barisan Nasional (BN) atau bukan tetapi ini soal musibah dan malapetaka yang menjadi kewajipan kepada semua pihak untuk berganding bahu membantu mangsa-mangsa.

Oleh itu kepada para pemimpin pembangkang, cukup-cukuplah berpolitik. Sampai bila mahu memperkecilkan segala usaha kerajaan hinggakan banjir pun mahu menjadi modal politik. Bagaimanapun kita percaya, apa yang dilakukan oleh Najib tidak akan dilihat dari sudut politik kepada mereka yang mahu berfikir, sebaliknya ia membuktikan itulah keprihatinan Najib yang memimpin sebuah kerajaan yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Untuk pemimpin atau penyokong pembangkang, percayalah usaha mereka memperkecilkan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri tidak akan ke mana memandangkan suku juta rakyat yang menjadi mangsa banjir tahu menilai, siapa yang menggunakan politik untuk membela rakyat dan siapa pula memperalat rakyat untuk berpolitik - UTUSAN

#care4u @jendelainfokini

MAKLUMAT PALSU: SPRM 'WARNING' PEMOHON BANTUAN BANJIR

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran pemohon bantuan banjir tidak memalsukan maklumat untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penerima bantuan perlu berlaku jujur dan telus agar tidak mengambil hak orang lain.
"Sekiranya ada di antara pemohon yang memalsukan maklumat atau melakukan penipuan dokumen dan sebagainya, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan," kata Mustafar ketika menyampaikan taklimat khas mengenai Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir di pejabat SPRM Negeri Kelantan di Kota Bahru Selasa.
Pada sesi taklimat itu, Mustafar turut menunjukkan borang Pengesahan Daftar Nama Penerima Bantuan Ihsan. Borang tersebut sebagai aku janji tidak ada pemalsuan atau penipuan oleh pemohon bantuan ihsan.
Hukuman denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara sehingga tempoh 20 tahun boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.
"Penyaluran bantuan perlu sampai kepada yang benar-benar layak sahaja dan sebarang bentuk ketirisan atau penipuan semasa bantuan itu disampaikan perlu dicegah dari peringkat awal lagi," katanya.
Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir ini melibatkan tiga agensi utama iaitu SPRM, Jabatan Audit Negara dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia ditubuhkan pada 12 Januari 2014.
"Ia (Jawatankuasa) bagi mempastikan pengurusan dana dan tabung banjir dikendalikan dengan telus dan teratur serta bebas daripada penyelewengan dan salah laku," kata beliau lagi.
Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir akan meneliti sebarang aduan mengenai salah laku pengurusan bantuan kepada mangsa banjir, membantu kerajaan dalam memastikan pengurusan tabung dan dana yang telus dan teratur serta sampai kepada mangsa-mangsa banjir, mengkaji dan mencadangkan penambahbaikan integriti sistem penyampaian dan pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir; serta mempertingkatkan kesedaran pengurusan integriti dalam penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Menurut Mustafar, setakat ini sebanyak 50 panggilan telah diterima oleh Bilik Gerakan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir.
Daripada jumlah itu, 38 panggilan adalah berkaitan dengan pertanyaan umum mengenai banjir manakala baki berkaitan aduan ketidakpuasan hati terhadap agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Dalam pada itu, Pengarah SPRM Negeri Kelantan, Dato Abd Aziz memberitahu, terdapat maklumat yang tidak tepat diberikan oleh sesetengah penghulu berhubung pemberian dana bantuan banjir.
Katanya, SPRM akan memberikan nasihat kepada penghulu terlibat supaya maklumat serta informasi yang tepat sahaja perlu disampaikan kepada orang ramai.
"SPRM Negeri Kelantan akan mengadakan pertemuan dengan semua Penghulu di Negeri Kelantan secara berperingkat, bermula 25 Januari ini," kata Aziz.- AGENDA DAILY
#care4u @jendelainfokini

Keprihatinan pemimpin nombor satu negara kepada mangsa terjejas banjir



 Keprihatinan pemimpin nombor satu negara kepada mangsa terjejas banjir
Banjir

Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir
Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  • Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
    • Guna tandas yang sempurna
    • Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
#jendelainfokini #wecare #pascabanjir

Sunday, January 25, 2015

Banjir: Mangsa Di Sabah, Sarawak Terus Menurun, Kelantan Kekal


KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Keadaan banjir di Sabah dan Sarawak petang ini semakin baik apabila jumlah mangsa terus mencatat penurunan manakala di Kelantan jumlah mangsa tidak berubah.

Di SABAH, jumlah mangsa terus menurun kepada 614 orang berbanding 682 orang tengah hari tadi dan di Sarawak jumlah mangsa menurun kepada 1,099 orang daripada 1,587 orang manakala Kelantan kekal, 255 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort berkata kesemua mangsa daripada 179 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu satu di Beaufort dan dua di Membakut.

"Di Membakut, jumlah mangsa yang direkodkan petang ini ialah 603 orang manakala di Beaufort 11 orang," katanya.

Sementara di SARAWAK, Majlis Keselamatan Negara (MNK) berkata Bahagian Samarahan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 490 mangsa, Limbang (460), Mukah (66) dan Miri (83).

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan berkata kesemua mangsa membabitkan 62 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai ekoran rumah mereka hanyut atau rosak teruk akibat banjir yang berlaku bulan lepas.

-- BERNAMA

Banjir: Peruntukan Bina Semula Infrastruktur Ditambah Jika Ada Lebihan Pendapatan


IPOH, (Bernama) -- Peruntukan tambahan untuk pembinaan semula infrastruktur di negeri yang terjejas akibat bencana banjir boleh diberikan jika kerajaan mempunyai lebihan pendapatan ketika ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan memperuntukkan RM800 juta untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti jalan raya, jambatan, sekolah, masjid dan hospital yang musnah akibat bencana itu.

Katanya peruntukan itu disalurkan secara berperingkat mengikut keperluan pembangunan semula negeri-negeri yang terjejas banjir baru-baru ini.

"Kerajaan akan mencari sumber pendapatan lain untuk mendapat lebih banyak peruntukan. Setakat ini, kita salurkan RM800 juta dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Al Iman Seri Desa, Tanah Hitam di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Husni turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM47,000 kepada pengerusi sekolah agama itu Mohamad Zaabani Hassan.

Pada 20 Jan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini mengakibatkan kemusnahan infrastruktur dengan anggaran mencecah hampir RM2.9 bilion.

Banjir luar biasa yang melanda beberapa buah negeri di pantai timur dan utara Semenanjung termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak, serta sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak melibatkan kira-kira 400,000 mangsa.

Ahmad Husni berkata penilaian sebenar kerosakan akibat bencana itu sedang dilakukan dengan laporan terperinci diberikan oleh semua agensi dan kementerian terbabit.

"Ini kerana terdapat kerja-kerja pembaikan mengambil masa lebih daripada setahun, sebab itu kita tidak dapat membuat anggaran sebenar," katanya.

-- BERNAMA

JASA Prihatin, Lokasi di Kampung Telok Memali, Perak

Tahniah dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA) kerana sudi membantu turun padang membantu membersihkan kawasan terlibat dengan banjir di Kampung Telok Memali, Perak.





KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT ROTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ATAU EMOSI KEPADA KANAK-KANAK


1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar pada hari ini (25 Januari 2015) berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.

2. Dalam sidang media tersebut, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi penerangan bahawa cadangan di dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC);

ii. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);

iii. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion; dan

iiii. Peruntukan baharu mengenai pelaksanaan deinstitutionalisation.

3. Pada masa ini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di Mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.

4. Selaras dengan cadangan pemansuhan hukuman sebatan di Mahkamah tersebut, Kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak di kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.

5. Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua-duanya.

6. Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Di samping itu, Kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan.

7. Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua stakeholders dan
pihak berkepentingan, Kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak ini.

Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya.
No.tel: 03-8323 1087

Rotan Anak : Akhbar Salah Lapor?

JAWAPAN KEPADA ISU ROTAN
(Copy paste daripada http://azmykelanajaya.com/rotan-anak-akhbar-salah-lapor)
Pertama sekali ingin saya tekankan, seperti biasa, kelemahan komunikasi oleh setiausaha akhbar dan juga oleh menteri kerajaan telah menimbulkan “media frenzy” di Malaysia. Sehingga isi dan maksud sebenar yang ingin disampaikan hilang begitu sahaja dan mudah diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim seakan tidak mengambil iktibar dari apa yang pernah berlaku pada menteri-menteri lain satu ketika dahulu. Sehingga menimbulkan pelbagai masalah pada pihak lain untuk kerana perlu memberi penerangan semula yang lebih jelas.

Perkara kedua pula yang ingin saya tekankan ialah kekesalan saya terhadap akhbar Utusan dan penulis Utusan yang menulis berita ini iaitu Zulkifli Sainuddin . Akhbar Utusan merupakan akhbar yang menjadi lidah rasmi kerajaan. Mengapakah pihak dan wartawan Utusan tidak MAMPU menulis berita dan penerangan penuh mengenai isu ini? Sehingga menimbulkan salah tafsir pada pembaca Utusan. Tambah lebih mengecewakan apabila portal The Malaysian Insider yang tidaklah begitu mesra kerajaan boleh pula memberi laporan penuh! Mengapa Utusan tidak boleh? Berikut merupakan laporan oleh The Malaysia Insider mengenai isu ini:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ministry-mulls-community-service-for-parents-who-neglect-kids
HUKUM MEROTAN ANAK MENURUT ISLAM
Islam adalah agama yang mementingkan kasih sayang. Daripada segi merotan anak, dalil dalam sebuah hadis Nabi SAW:  Ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan). 
Ibnu Qudamah berpendapat hukum sebatan terhadap kanak-kanak merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih kanak-kanak melakukan sesuatu kewajipan seperti solat. Para juri bersepakat yang kanak-kanak boleh dikenakan sebatan yang ringan untuk tujuan pendidikan dan wajib bagi bapa atau datuk melaksanakannya. Hanya kanak-kanak yang berusia lebih 10 tahun boleh dikenakan hukuman sebatan ringan.
Namun, terdapat hadis yang menunjukan bahawa Nabi SAW tidak suka kepada orang yang menghukum kanak-kanak secara fizikal.
Dalam sebuah hadis Abu Masâud mengatakan: Aku telah memukul seorang hamba kanak-kanak lelaki dengan rotan dan aku mendengar suatu suara di belakangku. Ketahuilah wahai Abu Masâud. Tetapi aku tidak tahu bahawa suara itu bernada kemarahan. Ketika suara itu menghampiri, dia adalah Rasulullah. Maka, baginda pun bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud. Aku pun menjatuhkan rotan daripada tanganku dan Rasulullah bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud, bahawa Allah telah menetapkan ke atas kamu tanggungjawab berhadap hamba lelaki ini. Maka, aku berkata, Aku tidak akan memukul hamba lagi selepas itu selamanya.  (Sahih Muslim)
Hadis Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Gantungkanlah rotan sehingga rotan itu dapat dilihat oleh ahli keluarga, sesungguhnya itu boleh mendidik mereka.”
Al-Manawi, ketika membincangkan maksud hadis ini berkata: “Rotan tersebut adalah pendorong kepada seseorang untuk beradab dan berakhlak dengan akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang kebanyakan jiwa yang keras menanggung kesusahan yang berat untuk melaksanakannya.”
Pandangan al-Manawi ini membuktikan bahawa rotan secara simbolik, tanpa perlu digunakan boleh memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang, terutamanya kanak-kanak. Jika dilihat daripada pandangan di atas, ibu bapa mempunyai kewajipan mendidik dengan ilmu agama terlebih dahulu sebelum dididik dengan perkara ilmiah yang lain.
sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140212/ba_02/Bolehkah-merotan-anak
AKTA KANAK-KANAK 2001
Tahukah anda dalam akta kanak-kanak 2001 yang sedia ada sekarang tidak menyebut langsung mengenai hukuman merotan sebagai satu kesalahan? Biarpun jika ibubapa merotan anak sehingga merisikokan nyawa ibubapa tersebut boleh dilepaskan dari tuduhan jika mereka mengupah peguam yang baik. Hukuman mereka dapat dielak atau diringankan dengan alasan rotan dibenarkan dalam Islam biarpun mereka telanh melanggar adab merotan menurut Islam. Perkara ini jelas bercanggah dengan hukuman rotan yang sebenar menurut Islam yang tidak dibolehkan sehingga ke tahap membahayakan nyawa.
Malah lebih menakutkan apabila sudah terdapat beberapa kes dimana ibubapa yang merotan anak secara keterlaluan terlepas begitu sahaja biarpun anak mereka sehingga terpaksa dimasukkan di hospital.
Akta Kanak-Kanak 2001 cuma menyebut mengenai cara menghukum remaja menggunakan rotan jika mereka disabitkan kesalahan jenayah. Tidak ada undang-undang yang menegah dan menghukum ibubapa yang keterlaluan merotan anak sehingga melanggar syariat Islam. Malah ketiadaan ini menyebabkan segelintir ibubapa dan penjaga mendera anak menggunakan rotan sehingga ketahap keterlaluan. Sepatutnya cadangan ini diterima bagi mengelakan ibubapa menggunakan rotan secara keterlaluan yang jelas melanggar adab merotan menurut Islam.
sumber rujukan akta kanak-kanak 2001: http://www.law.yale.edu/rcw/rcw/jurisdictions/asse/malaysia/Malay_Child_Act.htm

APAKAH ITU CONVENTION ON THE RIGHTS OF THE CHILD (CRC)
Secara mudahnya CRC merupakan satu garis panduan untuk kumpulan Negara-negara didalam United Nation
Malaysia mematuhi kesemua perkara yang digariskan oleh CRC kecuali perkara 1,2,7,13,14,15 28 (1)(A) dan 37. Ini kerana perkara tersebut bercanggah dengan undang-undang sivil dan undang-undang syariah seperti hak menukar agama kanak-kanak dan lain-lain.
Sebuah jawatankuasa CRC telah mengemukakan Pemerhatian Akhir kepada Malaysia pada tahun 2007 , yang menggariskan cadangan-cadangan berikut:
1) Mengkaji semula dan memansuhkan kekangan Malaysia 1,2,7,13,14,15 28 (1)(A) dan 37 dalam CRC
2) Meratifikasi dua Protokol Pilihan dan undang-undang antarabangsa yang lain
3) Mengkaji sistem perundangan Malaysia ( Sivil dan Syariah ) kerana beberapa undang-undang domestik merupakan halangan kepada merealisasikan CRC di Malaysia
4) Mengkaji semula dan pembaharuan undang-undang domestik seperti ( Kes-kes Keselamatan) 1975
5) Menghapuskan hukuman terhadap kanak-kanak dan remaja.
6) Mengkaji Akta Kanak-kanak dan Orang Muda ( Pekerjaan ) 1966 untuk memastikan bahawa syarat yang boleh diterima kerja dengan jelas dan tegas ditakrifkan mematuhi piawaian buruh antarabangsa.
Malaysia cuma menerima beberapa cadangan penambahbaikan tersebut untuk memperbaiki undang-undang sedia ada. Malaysia masih tegas menolak cadangan yang memperendahkan martabat undang-undang syariah.
Sumber: http://www.unicef.org/malaysia/children_crc-in-malaysia.html

CADANGAN PINDAAN BARU TERHADAP AKTA KANAK-KANAK
Perlu ditegaskan sekali lagi perkara ini GAGAL dilaporkan secara penuh oleh Utusan namun dilaporkan dengan jelas oleh TMI
Menurut Datuk Seri Rohani Abdul Karim akta baru akan diperkenalkan berhubung isu pengabaian ibubapa terhadap kanak-kanak yang akan lebih hampir mamatuhi CRC. LEBIH HAMPIR SAHAJA. Bukan mematuhi 100% terutamanya yang berkait dengan isu agama.  Menurut Datuk Seri Rohani Abdul Karim:
1) Hukuman khidmat masyarakat pada ibubada yang didapati bersalah. Hukuman tersebut mungkin akan dijadikan dalam jumlah ratusan jam.
2)Datuk Seri Rohani Abdul Karim menegaskan akta baru tersebut tidak mematuhi tuntutan CRC apabila akta tersebut masih membenarkan hukuman fizikal seperti rotan apabila ditanya secara terus oleh wartawan (PERKARA INI DILAPORKAN OLEH TMI NAMUN TIDAK OLEH UTUSAN)
Berikut merupakan sebaris laporan yang menyatakan perkara ini dalam TMI
“Rohani said it was part of “Malaysian culture” to spank children “to teach them that way” but noted that it went against the CRC when asked specifically if the new act would ban parents from hitting their children.”
Diterjemahkan kepada bahasa Malaysia:
“Rohani mengatakanh ianya merupakan sebahagian budaya malaysia untuk memukul secara ringan kanak untuk mengajar mereka. Beliau mengatakan akta baru tersebut melanggar CRC (Yang tidak membenarkan memukul kanak-kanak) apabila ditanya secara spesifik jika akta tersebut akan menghalang ibubapa dari memukul secara ringan kanak-kanak”
Artikel 19 CRC tidak menyebut secara terus mengenai tidak dibenarkan memukul secara ringan seperti menggunakan rotan namun hanya menggariskan keganasan fizikal dan mental, kecederaan atau mendera, pengabaian atau diabaikan penjagaan, salah jagaan dan juga eksploitasi seperti penderaan seksual.
4) Satu garis panduan CRC iaitu menerima suara kanak-kanak dalam membuat sesuatu keputusan (contoh: memilih ingin tinggal dengan siapa sekiranya ibubapa anak tersebut bercerai) dikatakan bakal diperhalusi.