Monday, January 26, 2015

KERAJAAN KELANTAN PERLU BERI PERHATIAN SERIUS PUNCA BENCANA BANJIR



Kerajaan Kelantan pimpinan PAS diminta 'tidak lepas tangan' terhadap banjir besar di negeri itu bulan lepas, yang didakwa mempunyai kaitkan dengan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah tidak terkawal.

Masalah itu perlu diberi perhatian serius antaranya dengan mengkaji semula kelulusan kawasan baharu untuk pembukaan tanah terutamanya di Hulu Kelantan bagi tujuan pembalakan.

Pengabaian tanggungjawab itu boleh menjurus kepada banjir yang lebih kerap atau lebih buruk di Kelantan terutama ketika musim tengkujuh setiap akhir tahun.

Banjir kuning berlumpur pada akhir Disember lepas perlu diambil iktibar dan kerajaan Kelantan perlu mengambil langkah untuk mengetatkan lagi kelulusan tanah bagi tujuan pembalakan dan perladangan. 

Aktiviti penarahan bukit sehingga gondol yang sekaligus menyebabkan air hujan terus masuk ke sungai tanpa kawalan boleh menyebabkan banjir besar.

#care4u @jendelainfokini







No comments:

Post a Comment