Parti politik menganjurkan kempen untuk meraih sokongan atau undi terutamanya di musim pilihan raya. Sepanjang tempoh berkempen itu, parti politik dibenarkan berkempen untuk mempengaruhi para pengundi.
Pengundi di Negara maju sentiasa bermaklumat dan berpendidikan, jadi mereka boleh membuat keputusan bijak setiap kali mengundi. Tetapi bagi Negara membangun seperti Malaysia, mungkin hanya 50 peratus rakyatnya yang bermaklumat dan tahu membezakan kerajaan mana yang bagus dan bertanggungjawab dengan yang tidak.
Akan ada 50 peratus daripada jumlah itu yang akan membuat keputusan kurang bijak ketika pilihan raya atas faktor marah, benci, menyampah dan emosi terhadap kerajaan memerintah.
Bekas Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata antara isu yang sering kali akan dibangkitkan pihak pembangkang semasa kempen pilihan raya ialah dakwaan daftar pemilih tidak bersih, mempertikai ketelusan proses pilihan raya, menuntut tempoh berkempen yang panjang dan tuduhan SPR tidak adil dan berpihak.
Di mana-mana Negarapun, pihak pembangkang adalah penting, wakil rakyat akan kerja kuat dan meningkatkan prestasi kerajaan dengan adanya pihak pembangkang. Namun sesebuah Negara memerlukan pihak membangkang yang bertanggungjawab, yang tidak hanya pandai menghentam dan menolak apa sahaja yang kerajaan lakukan, walaupun ia sesuatu yang baik.
Malang bagi Malaysia, itulah sifat pihak pembangkang yang kita ada.
Jika dahulu, masyarakat negara ini hanya memperolehi maklumat pilihan raya menerusi media konvensional seperti radio, televisyen serta surat khabar.
Penggunaan media sosial dalam kempen pilihan raya di negara ini juga dilihat sedang rancak berjalan.
Sebagai contoh di negara ini, kempen pilihan raya yang diadakan sebelumnya menyaksikan maklumat berkenaan calon disampaikan hanya menerusi ceramah umum, poster dan juga lawatan rumah ke rumah yang amat memenatkan.
Kini selain daripada kempen bercorak fizikal, calon-calon pilihan raya juga boleh mendekati pengundi mereka menerusi laman sosial secara lebih meluas, malah pengundi juga berpeluang mengenali calon yang bakal dipilih dengan lebih rapat.
Namun, di dalam keghairahan tersebut, perlu diingati sama ada calon mahupun penyokong mana-mana parti yang bertanding agar dapat mengelakkan perbuatan mencetuskan kemarahan, hinaan, menaikan sentimen kebencian, perkauman dan cercaan kepada pihak lawan.
Berkempen secara sihat dan elakkan menabur berita-berita yang tidak benar menerusi laman sosial sehingga merosakkan pemikiran masyarakat kita yang terkenal dengan adat budaya timur yang penuh dengan sopan santun.
#care4u @jendelainfokini

No comments:
Post a Comment